Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hai, bertemu lagi. Kali ini, diri ini ingin membicarakan tentang rawatan rambut. Hahaha..adakah rawatan rambut seperti ini berkesan? Dalam televisyen dan akhbar, terdapat banyak iklan tentang produk rawatan rambut. Sebut sahaja Yun Nam, Miracle Hair Expert, dan pelbagai lagi, pasti menjanjikan peluang kepada mereka-mereka yang tiada rambut seperti diri ini. Modus operandinya cukup mudah, memanggil bakal pelanggan dan memberikan rawatan 'percuma' sekali. Rambut akan diimbas dan jurujual akan mengatakan rambut kita bermasalah, berminyak dan berkelemumur. selepas itu, mereka akan menawarkan produk dan rawatan bagi menjamin rambut pelanggan mereka akan kembali menghiasi kepala yang semakin terhakis. Rawatannya memakan masa berbulan-bulan dan ratusan malah ribuan ringgit akan dibelanjakan. Mujurlah diri ini tersedar awal. Seorang rakan menghabiskan ribuan ringgit semata-mata ingin kepalanya dihiasi mahkota yang mengurai. Setakat ini, hasilnya, hmm..Bolehlah tahan. Proses rawatan mengasyikkan. Kepala diurut sehingga kita lali dan terlena. Pelbagai herba disapukan ke kepala kita. Kepala distim, disyampu, dan dicuci. Menarik. Selepas beberapa kali sesi rawatan, kepala diimbas dan hasilnya, liang rambut tidak lagi ditutupi minyak. Rambut kembali segar. Entah betul, entah tidak. Realitinya, usia kita semakin meningkat. Pemakanan juga tidak dijaga. Banyak memakan makanan yang berminyak dan gaya hidup yang tidak sihat menjadi faktor keguguran rambut. Akhirnya diri ini sedar, biarlah berkepala botak asalkan isteri kita tidak merungut. Sedarlah usia makin meningkat. Rambut yang semakin kurang menandakan kita semakin hampir dengan pengakhiran usia kita. Jadi, cepat-cepatlah beramal. Terima kasih. Jumpa lagi...
Setapak Menuju Kedewasaan
Membicarakan pandangan mengenai hal-hal semasa dan keilmuan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan