Salam sejahtera. Bertemu kembali dalam coretan kali ini. Rasanya sudah agak lama diri ini tidak mencoretkan sesuatu. Terlebih dahulu diri ini merakamkan ucapan tahniah kepada calon STPM SMKSIS II kerana berjaya mencapai keputusan yang memberangsangkan. Tahniah sekali lagi dan semoga berjaya menjejakkan kaki ke universiti pilihan masing-masing. Fuh..! Hari ini, diri ini pergi ke kedai ikan untuk membeli paip getah untuk mencuci akuarium yang telah sekian lama terperuk di dalam rumah. Sehinggakan banyak serangga termasuk lipas mati di dalam akuarium yang kosong itu. Niatnya hendah mencuci akuarium tersebut pada hari sabtu yang lepas. Dua anak murid diri ini datang ke rumah menawarkan diri untuk mencuci akuarium. Akan tetapi, tak jadi kerana akuarium itu diperbuat daripada kaca yang bersaiz besar. Terima kasih kepada Wan Mohammad Zulhilmi dan Mohammad Irsyaduddin Afiq kerana sanggup hendak mencuci akuarium cikgu walaupun tak jadi. Hahaha.. Dalam gambar ini, akuarium ini dipamerkan di sebuah pusat akuatik di Pulau Pinang rasanya. Gambar ini sudah lama tersimpan di dalam telefon diri ini. Alangkah bagusnya kalau dapat memiliki akuarium seumpama ini. Ikan-ikan yang berenang mendamaikan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Diri ini terpegun dengan lenggok sang ikan yang menghuni akuarium ini membuatkan diri ini sanggup membeli sebuah akuarium untuk membela ikan seperti ini. Akan tetapi, alangkah tak seronoknya apabila membela ikan emas. Nampak cantik tapi malas berenang. Harap perut saja yang besar. Akhirnya mati melekat pada alat oksigen yang menyedut air. Sejak kejadian itu, diri ini malas hendak membela ikan semula sehinggalah ke hari ini akibat pengaruh daripada anak murid yang dua orang itu. Hahaha... Jadi, adakah diri ini akan dapat memelihara ikan semula? Tunggulah. Diri ini akan mencoretkannya lain kali. Sehingga itu, jumpa lagi.
Setapak Menuju Kedewasaan
Membicarakan pandangan mengenai hal-hal semasa dan keilmuan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan