Setapak Menuju Kedewasaan

Membicarakan pandangan mengenai hal-hal semasa dan keilmuan.

Isnin, 7 Februari 2011

Pelajar Zaman Sekarang


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Selamat bertemu kembali dalam arena blog ini. Kali ini, diri ini ingin berkongsi tentang pelajar hari ini. Sepanjang diri ini menjadi guru, sudah pelbagai karenah dan ragam pelajar diri ini jumpa. sampai dah lali dengan pelajar-pelajar. Ada yang tahu menghormati guru, ada juga yang buat donno je dekat guru terutamanya guru yang tidak mengajar mereka. Ish ish ish, macam mana ilmu nak berkat kalau tidak tahu menghormati guru? Kalau terserempak dengan guru kat pekan, melarikan diri. Tak mahu tegur guru. Trend ini dapat dilihat pada pelajar yang dikategorikan pandai. Dalam hal ini, lebih baik pelajar-pelajar yang buas pulak. Walaupun kerap kena hentam dengan guru, mereka inilah yang selalu menegur guru-guru. Malah tidak pernah berdendam. Mereka inilah yang akan membantu guru jika berada dalam kesusahan. Pelajar pandai? Ada mereka peduli? Sorry...!! Tapi bukan semua macam tu, masih ada yang ingat pada diri ini walaupun hampir pasti menjadi seorang doktor...!! Esok-esok dapatlah dia merawat diri ini jika jatuh sakit kelak. Hahaha.. maklumlah dah tua. Selain itu, sepanjang diri ini menjadi pengawas peperiksaan baik PMR mahupun SPM, pelbagai ragam juga dapat dilihat. Contohnya dalam gambar di atas. Sistem peperiksaan kini yang dijangkakan akan dimansuhkan tidak lama lagi terutamanya PMR, sememangnya patut digubal. Bukan penyokong kuat, tapi sudah tiba masanya untuk sistem peperiksaan diubah. Semakin ramai pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Senang-senang saja dapat 8A dan 9A. seingat diri ini, susah betul nak dapat 1A masa dulu. Entahlah. Mungkin diri ini sememangnya tak pandai. Hahaha.... Persoalannya, adakah sememangnya pelajar itu pandai atau soalan peperiksaan semakin senang? Sebagai guru, kadang-kadan soalan yang mudah pun pelajar itu tidak dapat selesaikan. Alih-alih masa keputusan PMR keluar, dapat 8A, paling koman 7A 1B... Hebat betul.. Kan kan kan? Hahaha... Rasanya cukuplah setakat ini dahulu coretan diri ini untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi. Buat semua pelajar diri ini, belajarlah rajin-rajin kerana hanya pelajaran yang dapat mengubah diri kita. Jumpa lagi..

2 ulasan:

  1. budak kita yg keje jual sayur kt pekan hari. klu beli ngan depa 2hengget bley makan seminggu.. katanya harga spesel utk cikguu...

    BalasPadam
  2. betul tu...depa nilah yang selalu menegur guru..jumpa tepi jalan tak segan silu menegur..kadang2 siap menawarkan perkhidmatan.. ingat sekali tu.. masa takde keta...anak murid sanggup datang ambil kat stesen bas..hantar balik kuarters...memang terharu sungguh...

    BalasPadam

Sehari di Labuan, Sabah

Sehari di Labuan, Sabah
Bersama Ustaz Sabri yang sudi membawa diri ini ke Sabah. Sungguhpun sedetik berada di sana, hati ini sudah terpaut dengan negeri di bawah bayu ini. Entah bila kaki ini akan menjejaki bumi yang indah ini. Terima kasih Ustaz Sabri

Rakan Seperjuangan

Rakan Seperjuangan
Gambar ini mengimbau kenangan semasa berada di Pulau Pendidikan bersama-sama rakan seperjuangan. Walaupun kini mereka sudah tiada di SMKSIS II, kenangan bersama-sama mereka tidak mungkin dapat dilupakan.

Master UPSI

Master UPSI
Waktu ni baru selesai membuat persembahan drama bersama-sama rakan-rakan master. Persembahan yang kelakar kerana diri ini menjadi watak utama. Berlakon menjadi hero. Sampai sekarang tak berani nak tengok balik rakaman tersebut. Malu..

Dua Sahabat Karib Yang Suka 'Bergaduh'

Dua Sahabat Karib Yang Suka 'Bergaduh'
Semasa jamuan akhir tahun 2010. Kedua-dua mereka bersahabat baik. Akan tetapi suka 'bergaduh'. 'Pergaduhan' itu mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka. Itulah dia Wan Mohammad Zulhilmi dan Mohammad Irsyaduddin Afiq