Setapak Menuju Kedewasaan

Membicarakan pandangan mengenai hal-hal semasa dan keilmuan.

Sabtu, 5 Februari 2011

Permainan Video Generasi Baru PS3


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali dalam catatan hari ini. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa beg PS3? Kebudak-budakan betul Cikgu Det ni. Haa.. kali ini diri ini akan berbicara tentang peranan video games dalam kehidupan manusia. Video games telah lama bertapak di dunia ini. Sejak bermulanya era video games hingga ke hari ini, generasi konsol video games juga berubah. Suatu ketika dahulu, warga peminat video games dikejutkan dengan kemunculan konsol generasi baru PS One keluaran Sony yang terus mencetuskan revolusi permainan video hingga ke hari ini. Dream Cast telah menemui ajalnya dan muncul pula Xbox keluaran Microsoft yang diketuai oleh Bill Gates. Walaupun sudah kaya-raya mamat ni, hatinya tetap tidak berpuas hati dan ingin bersaing dengan Sony untuk menguasai dunia permainan video. Ternyata Sony tidak mahu mengalah dan melancarkan PS2 yang terus mengundang histeria dalam kalangan peminat permainan video. Persidangan permainan video yang tersohor, E3 telah mencetuskan kegilaan peminat permainan video di seluruh dunia. Kemunculan PS2 tepat pada masanya. Setelah lama bertapak kukuh dalam industri permainan video, Sony maju setapak lagi dengan menghasilkan konsol pintar generasi baru, PS3 dan lantas mendapat saingan daripada Microsoft. Bill Gates tidak mahu kalah dan melancarkan Xbox 360. Nintendo juga tidak mahu ketinggalan dengan menghasilkan Wii yang lebih menarik. Tidak cukup dengan itu, Sony menghasilkan permainan video bimbit yang terkenal hari ini,iaitu PSP. Logiknya, kenapa permainan video? Jawapannya, permainan video banyak membantu seseorang berfikir dan menggunakan akalnya untuk menyelesaikan sesuatu permainan. Bukan mudah untuk menghabiskan sesebuah permainan video yang rumit tanpa menggunakan otak. Sungguhpun dikatakan membuang masa, namun permainan video dapat menguji kesabaran seseorang. Pendek kata, permainan video dapat membentuk tahap kesabaran dalam diri seseorang. Ironinya, permainan video sering mencetuskan perdebatan di seluruh dunia. Tambahan pula digemparkan dengan pelbagai kes melibatkan permainan video. Konklusinya, tepuk dada tanyalah selera. Bagi diri ini, jika hendak bermain permainan video, pilihlah yang sesuai dengan tahap umur. Jangan memilih permainan yang boleh mempengaruhi perwatakan kita. Jika sudah berminat, apa orang nak kata, pedulikan. Maklumlah diri ini peminat permainan video. Gambar beg PS3 di atas tu, merupakan beg diri ini kerana diri ini sudah membeli PS3....!!! Jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. nak main..? Boleh aje..tunggu cikgu pindah rumah dulu..baru senang nak laksanakan projek.Ajak wan sekali..boleh layan game puas-puas...dont worry...

    BalasPadam

Sehari di Labuan, Sabah

Sehari di Labuan, Sabah
Bersama Ustaz Sabri yang sudi membawa diri ini ke Sabah. Sungguhpun sedetik berada di sana, hati ini sudah terpaut dengan negeri di bawah bayu ini. Entah bila kaki ini akan menjejaki bumi yang indah ini. Terima kasih Ustaz Sabri

Rakan Seperjuangan

Rakan Seperjuangan
Gambar ini mengimbau kenangan semasa berada di Pulau Pendidikan bersama-sama rakan seperjuangan. Walaupun kini mereka sudah tiada di SMKSIS II, kenangan bersama-sama mereka tidak mungkin dapat dilupakan.

Master UPSI

Master UPSI
Waktu ni baru selesai membuat persembahan drama bersama-sama rakan-rakan master. Persembahan yang kelakar kerana diri ini menjadi watak utama. Berlakon menjadi hero. Sampai sekarang tak berani nak tengok balik rakaman tersebut. Malu..

Dua Sahabat Karib Yang Suka 'Bergaduh'

Dua Sahabat Karib Yang Suka 'Bergaduh'
Semasa jamuan akhir tahun 2010. Kedua-dua mereka bersahabat baik. Akan tetapi suka 'bergaduh'. 'Pergaduhan' itu mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka. Itulah dia Wan Mohammad Zulhilmi dan Mohammad Irsyaduddin Afiq