Setapak Menuju Kedewasaan

Membicarakan pandangan mengenai hal-hal semasa dan keilmuan.

Sabtu, 5 Februari 2011

Melawat Orang Sakit


Assalammualaikum dan salam satu Malaysia. Kali ini diri ini ingin berbicara tentang orang sakit. Apabila memperkatakan tentang orang sakit, sudah tentu kita membayangkan keadaan pesakit yang terlantar tiada daya di atas katil. Pasti terbayang pelbagai situasi yang menyedihkan mengenai pesakit. Pesakit yang dilawati pasti berasa senang hati kerana masih ada rakan-rakan atau saudara mara yang sudi melawatnya. Sungguhpun keadaan tubuh badan lemah dan tidak mengizinkannya untuk bercakap, sekurang-kurangnya sebuah senyuman disedekahkan kepada pelawat. Diri ini menceritakan pengalaman melawat seorang sahabat yang masuk wad kerana sakit dan disyaki mengidap penyakit kencing tikus. Satu penyakit yang menakutkan masyarakat suatu ketika dulu. Walaupun kini sahabat itu telah sembuh sepenuhnya, diri ini tetap beringat agar dijauhi segala wabak penyakit. Allah Huakbar... Sesungguhnya diri ini takut terkena penyakit. Jika terkena selesema pun, sudah memadai. Habis lemah seluruh badan. Satu kerja pun tidak mampu dilakukan. Hmm.. Diri ini bukan hendak mengata sesiapa. Cuma dalam hal ini, diri ini melihat kejadian ini ada sebab musababnya. Hobi memang perlu ada, akan tetapi jangan terlalu melampau. Tubuh kita juga perlukan rehat yang secukupnya. Jika tidak cukup rehat, kita akan mudah terkena penyakit. Aktiviti perlu dikurangkan. Berikan sedikit tumpuan kepada keluarga. Isteri dan anak-anak memerlukan kita berada di samping mereka. Mungkin diri ini tidak berhak memberikan pandangan kerana siapalah diri ini. Kalau sudah minat, lautan api pun sanggup direnangi. Wahai sahabat semua, ingatlah, minat yang melampau akan mengundang bencana. Beringatlah sebelum bencana menjenguk kita. Sudah tentu kita tidak mahu ahli keluarga kita bersedih atas bencana yang mungkin berlaku pada diri kita. Diri ini memohon maaf sekiranya ada yang terasa. Jumpa lagi...

2 ulasan:

  1. Tulisan ini tidak ditujukan secara khusus kepada sesiapa. Sekadar untuk peringatan agar berhati-hati dalam segala tindakan. Sifooden...bukan ditujukan kepada hang leee...kakakaka

    BalasPadam

Sehari di Labuan, Sabah

Sehari di Labuan, Sabah
Bersama Ustaz Sabri yang sudi membawa diri ini ke Sabah. Sungguhpun sedetik berada di sana, hati ini sudah terpaut dengan negeri di bawah bayu ini. Entah bila kaki ini akan menjejaki bumi yang indah ini. Terima kasih Ustaz Sabri

Rakan Seperjuangan

Rakan Seperjuangan
Gambar ini mengimbau kenangan semasa berada di Pulau Pendidikan bersama-sama rakan seperjuangan. Walaupun kini mereka sudah tiada di SMKSIS II, kenangan bersama-sama mereka tidak mungkin dapat dilupakan.

Master UPSI

Master UPSI
Waktu ni baru selesai membuat persembahan drama bersama-sama rakan-rakan master. Persembahan yang kelakar kerana diri ini menjadi watak utama. Berlakon menjadi hero. Sampai sekarang tak berani nak tengok balik rakaman tersebut. Malu..

Dua Sahabat Karib Yang Suka 'Bergaduh'

Dua Sahabat Karib Yang Suka 'Bergaduh'
Semasa jamuan akhir tahun 2010. Kedua-dua mereka bersahabat baik. Akan tetapi suka 'bergaduh'. 'Pergaduhan' itu mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka. Itulah dia Wan Mohammad Zulhilmi dan Mohammad Irsyaduddin Afiq