Setapak Menuju Kedewasaan

Membicarakan pandangan mengenai hal-hal semasa dan keilmuan.

Khamis, 7 April 2011

Berhijrah ke Tempat Baru

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Sudah terlalu lama diri ini tidak menulis atau mencoret di ruangan ini.. Lantaran kesibukan kerja.. Hmm..Kali ini..diri ini merasa amat sedih kerana terpaksa berpisah dengan profesion yang sangat dicintai diri ini, iaitu profesion perguruan...Diri ini akan berhijrah ke suatu tempat yang terus meninggalkan profesion ini..Tugas baharu diri ini sebagai pegawai di pejabat pelajaran daerah akan diri ini cuba laksanakan....Fuh..sudah pasti pelbagai perkara terpaksa diri ini tinggalkan...terutama sekali soal pendidikan...diri ini akan meninggalkan dunia pendidikan buat sementara waktu..mungkin pada masa hadapan..diri ini akan kembali semula ke sekolah..sehingga masa itu tiba..diri ini akan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan....kini hanya masa yang menentukan..semoga kita berjumpa lagi...

Isnin, 7 Mac 2011

PEPERIKSAAN MENJELMA LAGI

Salam sejahtera. Selamat bertemu kembali. Sudah agak lama tidak menulis dalam blog. Semakin sibuk, tambahan pula musim peperiksaan menjelma kembali. Berkejar-kejar semua guru menyiapkan soalan peperiksaan. Bagi yang peperiksaannya selaras, lega sedikit kerana tidak perlu membuat soalan. Semuanya sudah disiapkan oleh PPD. Aduh, letih juga terasa apabila menjaga kelas peperiksaan. Mengantuk terasa. Lebih baik mengajar daripada duduk menunggu pelajar selesai menjawab peperiksaan. Hari ini, terpaksa pula menjaga pelajar yang terlepas menduduki peperiksaan kerana menyertai kejohanan olahraga. Memang terasa benar bila buat kerja dengan hati yang tak ikhlas. Lantaklah. Arahan orang atasan. Jadi, mahu tidak mahu, terpaksalah jua melakukannya. Kalau membuat aduan sekalipun, ibarat mencurah air ke daun keladi, Sia-sia dan menyakitkan hati. Lebih baik buat tak tahu saja. Suka dimaklumkan bahawapihak pentadbiran sekolah memang buat kerja tangkap muat. YAng menjadi mangsa, guru-guru, lebih-lebih lagi guru yang tidak pandai melawan. Mudah saja dipijak kepala.. Hmm.. entahlah.. Rasanya cukup setakat ini, kalau tidak akan mengarut-ngarut tulisan diri ini. Sehingga berjumpa lagi..

Isnin, 28 Februari 2011

AYAM KUKUS KASIH SAYANG

Salam sejahtera.. hmm..sudah agak lama diri ini tidak menulis. Maklumlah agak sibuk kebelakangan ini. Pada petang semalam, diri ini mencuba satu resipi mudah. Ayam kukus. Bukan apa, sudah jemu makan ayam goreng saja. Sekali sekala ingin mengubah selera dan idea ini terlintas secara tiba-tiba. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah seperti halia, bawang putih, serai, bawang besar, lada hitam, dan kicap, hidangan ini menjadi tersangatlah bestnya. Hahaha... berselera diri ini makan semalam. Isi ayam menjadi lembut dan gebu. Pendek kata, langsung tidak disia-siakan. Habis semua diri ini bedal. Bercakap tentang makanan yang dikukus, sebenarnya makanan yang dikukus lebih baik berbanding dengan makanan yang digoreng kerana makanan yang dikukus tidak mengandungi minyak. Lalu lemak dapat dihindari. Maklumlah macam-macam penyakit ada sekarang ni. Badan semakin mengembang. Takut penyakit singgah. Mungkin selepas ini, hanya makanan kukus yang menjadi hidangan utama diri ini. Orang rumah diri ini menamakan resipi ini, Ayam Kukus Kasih Sayang. Tertawa diri ini mendengar namanya. Entahlah apa yang difikirkannya. Diri ini tidak kisah asalkan hidangan ini sedap dan kurang lemak. Untuk menjadikan hidangan ini lebih sedap, masaklah bersama isteri tercinta. Lalu hidangan itu akan menjadi hidangan kasih sayang. Hahaha.. cukuplah setakat ini. Jumpa lagi..

Sabtu, 26 Februari 2011

TERIMA KASIH PELAJARKU

Salam sejahtera.. Hari ini diri ini berasa amat bertuah kerana mempunyai anak murid yang sanggup membasahkan diri mereka untuk mencuci akuarium diri ini yang sudah hampir empat tahun tidak bercuci dan berisi ikan. Sehinggalah ke hari ini, akhirnya akuarium itu dicuci dan mempunyai hidupan di dalammnya. Terima kasih kepada Wan Mohammad Zulhilmi, Muhammad Irsyaduddin Afiq dan Mohd Azim kerana sanggup berpeluh untuk mencuci akuarium cikgu. Akuarium yang agak berat itu selamat dibersihkan. Pada sebelah petangnya, diri ini bersama mereka bertiga pergi ke kedai ikan untuk mencari ikan yang sesuai untuk akuarium tersebut, Hasilnya, sepuluh ekor ikan harimau atau tiger fish telah menghiasi akuarium tersebut. Ikan tersebut masih hidup setakat catatan ini dibuat. Terima kasih kepada mereka bertiga juga yang mengisi air hinggalah kepada hiasan dalaman akuarium. Hahaha...suka hati diri ini melihat telatah mereka bertiga semasa mencuci akuarium. Mujur tak basah lencun. Hampir pukul lima petang mereka pulang. Insyaallah, selepas ini diri ini akan memanggil mereka lagi untuk aktiviti mencuci akuarium. Hahaha... buat Wan Mohammad Zulhilmi, Muhammad Irsyaduddin Afiq, dan Mohd Azim, terima kasih banyak2 dan cikgu sayang kamu semua. Jumpa lagi...

Rabu, 23 Februari 2011

MASTER OF TETRIS



Saksikan kehebatan mamat jepun yang menguasai permainan tetris tahap grand master...

Isnin, 21 Februari 2011

TOKEK OH TOKEK

Salam sejahtera. Kali ini diri ini ingin berbicara tentang seorang hamba Allah yang menjadi jutawan segera setelah menjual seekor tokek yang memiliki berat 2 kg..!.. Hamba Allah ini mendapat wang sebanyak RM40 juta..!! Cuba bayangkan apa yang boleh kita lakukan dengan wang sebanyak itu. Hanya dengan menjual seekor tokek sahaja, kehidupannya telah berubah 100%.. Memang kita tidak nafikan, perkara yang berlaku merupakan rezeki yang telah Allah SWT kurniakan kepadanya. Kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Niat hendak mencari benda lain, lain pula yang ditemuinya sekaligus mengubah kehidupannya. Jika Allah SWT mengkehendaki hambaNya hidup senang, maka senanglah kehidupan hambaNya itu. Sebenarnya, kegilaan mencari tokok ini sudah agak lama, namun bukan mudah untuk mencari haiwan ini kerana kesukaran untuk mencari habitatnya. Pernah rakan diri ini memberitahu suatu ketika dahulu, dia pernah terjumpa tokek yang besar. Namun, pada masa itu, tiada sesiapa yang berminat, maka haiwan itu dibiarkan sahaja. Kalaulah masa itu tokek sudah menjadi kegilaan, pasti rakan diri ini sudah menjadi jutawan..!!..Semakin ramai yang masuk ke dalam hutan untuk mencari haiwan ini. Namun, bukan semuanya bernasib baik untuk menemui haiwan ini. Haiwan berharga ini dikatakan mampu mengubati penyakit AIDS, sebab itulah haiwan ini dicari. Enzim dalam badannya diperlukan sekaligus menjadikan haiwan ini begitu berharga. Tidak kurang juga mengatakan gigitan haiwan ini boleh membawa maut. Jadi, utamakan nyawa jika kita hendak mencari haiwan ini. Keselamatan juga penting. Nanti, kekayaan yang dicari, nyawa juga yang melayang!.. Jadi, ingatlah, kesederhanaan itu penting kerana Allah SWT menyukai hambaNya yang bersederhana. Jumpa lagi

AKUARIUM


Salam sejahtera. Bertemu kembali dalam coretan kali ini. Rasanya sudah agak lama diri ini tidak mencoretkan sesuatu. Terlebih dahulu diri ini merakamkan ucapan tahniah kepada calon STPM SMKSIS II kerana berjaya mencapai keputusan yang memberangsangkan. Tahniah sekali lagi dan semoga berjaya menjejakkan kaki ke universiti pilihan masing-masing. Fuh..! Hari ini, diri ini pergi ke kedai ikan untuk membeli paip getah untuk mencuci akuarium yang telah sekian lama terperuk di dalam rumah. Sehinggakan banyak serangga termasuk lipas mati di dalam akuarium yang kosong itu. Niatnya hendah mencuci akuarium tersebut pada hari sabtu yang lepas. Dua anak murid diri ini datang ke rumah menawarkan diri untuk mencuci akuarium. Akan tetapi, tak jadi kerana akuarium itu diperbuat daripada kaca yang bersaiz besar. Terima kasih kepada Wan Mohammad Zulhilmi dan Mohammad Irsyaduddin Afiq kerana sanggup hendak mencuci akuarium cikgu walaupun tak jadi. Hahaha.. Dalam gambar ini, akuarium ini dipamerkan di sebuah pusat akuatik di Pulau Pinang rasanya. Gambar ini sudah lama tersimpan di dalam telefon diri ini. Alangkah bagusnya kalau dapat memiliki akuarium seumpama ini. Ikan-ikan yang berenang mendamaikan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Diri ini terpegun dengan lenggok sang ikan yang menghuni akuarium ini membuatkan diri ini sanggup membeli sebuah akuarium untuk membela ikan seperti ini. Akan tetapi, alangkah tak seronoknya apabila membela ikan emas. Nampak cantik tapi malas berenang. Harap perut saja yang besar. Akhirnya mati melekat pada alat oksigen yang menyedut air. Sejak kejadian itu, diri ini malas hendak membela ikan semula sehinggalah ke hari ini akibat pengaruh daripada anak murid yang dua orang itu. Hahaha... Jadi, adakah diri ini akan dapat memelihara ikan semula? Tunggulah. Diri ini akan mencoretkannya lain kali. Sehingga itu, jumpa lagi.

Rabu, 16 Februari 2011

PINDAH RUMAH

Salam sejatera dan bertemu kembali.. Fuh..! Akhirnya diri ini telah pindah rumah. Penatnya, usah diceritakan. Teramat penat. Betullah kata orang, pindah rumah memang memenatkan. Penat mengangkat barang kemudian menyusun kembali di dalam rumah. Dua hari badan terasa penat.. Tapi sekurang-kurangnya diri ini bersyukur kerana mempunyai rumah sendiri. Walaupun rumah diri ini tidaklah begitu besar, namun rumah itu tetap rumah sendiri. Nampak gayanya, lama lagilah diri ini berada di Gerik ini. Hahaha..Entah kenapa diri ini berada seronok berada di Gerik. Suasananya tenang dan tidak sibuk berbanding bandar-bandar besar. Masih dapat melihat kabus pada waktu pagi. Pernah rakan diri ini datang ke Gerik, dia bangun awal pagi. Apabila diri ini bertanya, kenapa bangun awal? Dia jawab nak tengok kabus. Lucu betul. Memang betul, kebanyakan tempat sudah tidak mempunyai kabus kerana panas. Jam 7 lebih sudah panas. Pendek kata, Gerik tempat yang mendamaikan. Diri ini akan berada lama di Gerik, mungkin sampai pencen. Hahaha.. itupun kalau umur panjang. Namun, yang pasti, diri ini akan pulang juga ke tempat tanah tumpah darah apabila berkesempatan. Suatu hari nanti, diri ini akan mengucapkan 'Selamat tinggal Gerik, semoga berjumpa lagi'. Sehingga tiba waktu itu, diri ini berbangga tinggal di Gerik. Di mana bumi di pijak, disitulah langit dijunjung. Jumpa lagi

Isnin, 14 Februari 2011

SPICE GIRL..?



Salam sejahtera...Hebat betul dua budak ni miming...saksikan kehebatan mereka...dan bersedia untuk ketawa....kakaka...

ORANG JEPUN YANG KREATIF


Salam sejahtera...Diri ini memang tidak dapat menafikan betapa orang Jepun ini, suatu bangsa yang kreatif. Daya pemikiran mereka tinggi. Saksikan betapa tingginya tahap kekreatifan mereka melalui klip video ini...

Sabtu, 12 Februari 2011

MACAM-MACAM DENGAN ORANG JEPUN NI


Macam-macam dengan perangai orang Jepun ni.. Tengoklah sendiri...

KELAKAR GILE



Salam sejahtera.. Diri ini terjumpa klip ini. Pada pandangan diri ini, klip ini kelakar gile. Saksikan..

Jumaat, 11 Februari 2011

ILUSI YANG FANTASTIK 2



Salam sejahtera. Satu lagi ilusi yang menarik. Saksikan...

APA NAK JADI DENGAN BUDAK PEREMPUAN SEKARANG



Salam sejahtera. Harap semua yang masuk ke blog ini sihat hendaknya. Kali ini, giliran video ini mengambil tempat dalam ulasan blog diri ini. Pada pandangan diri ini, klip video ini amat memalukan kerana melibatkan para pelajar kita, terutamanya pelajar-pelajar perempuan. Sepatutnya, pelajar perempuan lebih bersopan santun dan bukannya seperti dalam klip video ini. Diri ini tidak mahu komen lebih-lebih, anda sendirilah yang menilainya. Saksikanlah..

ILUSI YANG FANTASTIK



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini diri ini ingin berkongsi satu video yang sangat menarik daripada seorang ahli silap mata yang terkenal suatu ketika dahulu, iaitu David Copperfield. Di sini ada atu ilusi yang menarik. Diri ini harap semua yang masuk ke blog ini terhibur. Jumpa lagi...

Isnin, 7 Februari 2011

Pelajar Zaman Sekarang


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Selamat bertemu kembali dalam arena blog ini. Kali ini, diri ini ingin berkongsi tentang pelajar hari ini. Sepanjang diri ini menjadi guru, sudah pelbagai karenah dan ragam pelajar diri ini jumpa. sampai dah lali dengan pelajar-pelajar. Ada yang tahu menghormati guru, ada juga yang buat donno je dekat guru terutamanya guru yang tidak mengajar mereka. Ish ish ish, macam mana ilmu nak berkat kalau tidak tahu menghormati guru? Kalau terserempak dengan guru kat pekan, melarikan diri. Tak mahu tegur guru. Trend ini dapat dilihat pada pelajar yang dikategorikan pandai. Dalam hal ini, lebih baik pelajar-pelajar yang buas pulak. Walaupun kerap kena hentam dengan guru, mereka inilah yang selalu menegur guru-guru. Malah tidak pernah berdendam. Mereka inilah yang akan membantu guru jika berada dalam kesusahan. Pelajar pandai? Ada mereka peduli? Sorry...!! Tapi bukan semua macam tu, masih ada yang ingat pada diri ini walaupun hampir pasti menjadi seorang doktor...!! Esok-esok dapatlah dia merawat diri ini jika jatuh sakit kelak. Hahaha.. maklumlah dah tua. Selain itu, sepanjang diri ini menjadi pengawas peperiksaan baik PMR mahupun SPM, pelbagai ragam juga dapat dilihat. Contohnya dalam gambar di atas. Sistem peperiksaan kini yang dijangkakan akan dimansuhkan tidak lama lagi terutamanya PMR, sememangnya patut digubal. Bukan penyokong kuat, tapi sudah tiba masanya untuk sistem peperiksaan diubah. Semakin ramai pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Senang-senang saja dapat 8A dan 9A. seingat diri ini, susah betul nak dapat 1A masa dulu. Entahlah. Mungkin diri ini sememangnya tak pandai. Hahaha.... Persoalannya, adakah sememangnya pelajar itu pandai atau soalan peperiksaan semakin senang? Sebagai guru, kadang-kadan soalan yang mudah pun pelajar itu tidak dapat selesaikan. Alih-alih masa keputusan PMR keluar, dapat 8A, paling koman 7A 1B... Hebat betul.. Kan kan kan? Hahaha... Rasanya cukuplah setakat ini dahulu coretan diri ini untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi. Buat semua pelajar diri ini, belajarlah rajin-rajin kerana hanya pelajaran yang dapat mengubah diri kita. Jumpa lagi..

Sabtu, 5 Februari 2011

Rawatan Rambut; Adakah Berkesan?


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hai, bertemu lagi. Kali ini, diri ini ingin membicarakan tentang rawatan rambut. Hahaha..adakah rawatan rambut seperti ini berkesan? Dalam televisyen dan akhbar, terdapat banyak iklan tentang produk rawatan rambut. Sebut sahaja Yun Nam, Miracle Hair Expert, dan pelbagai lagi, pasti menjanjikan peluang kepada mereka-mereka yang tiada rambut seperti diri ini. Modus operandinya cukup mudah, memanggil bakal pelanggan dan memberikan rawatan 'percuma' sekali. Rambut akan diimbas dan jurujual akan mengatakan rambut kita bermasalah, berminyak dan berkelemumur. selepas itu, mereka akan menawarkan produk dan rawatan bagi menjamin rambut pelanggan mereka akan kembali menghiasi kepala yang semakin terhakis. Rawatannya memakan masa berbulan-bulan dan ratusan malah ribuan ringgit akan dibelanjakan. Mujurlah diri ini tersedar awal. Seorang rakan menghabiskan ribuan ringgit semata-mata ingin kepalanya dihiasi mahkota yang mengurai. Setakat ini, hasilnya, hmm..Bolehlah tahan. Proses rawatan mengasyikkan. Kepala diurut sehingga kita lali dan terlena. Pelbagai herba disapukan ke kepala kita. Kepala distim, disyampu, dan dicuci. Menarik. Selepas beberapa kali sesi rawatan, kepala diimbas dan hasilnya, liang rambut tidak lagi ditutupi minyak. Rambut kembali segar. Entah betul, entah tidak. Realitinya, usia kita semakin meningkat. Pemakanan juga tidak dijaga. Banyak memakan makanan yang berminyak dan gaya hidup yang tidak sihat menjadi faktor keguguran rambut. Akhirnya diri ini sedar, biarlah berkepala botak asalkan isteri kita tidak merungut. Sedarlah usia makin meningkat. Rambut yang semakin kurang menandakan kita semakin hampir dengan pengakhiran usia kita. Jadi, cepat-cepatlah beramal. Terima kasih. Jumpa lagi...

Melawat Orang Sakit


Assalammualaikum dan salam satu Malaysia. Kali ini diri ini ingin berbicara tentang orang sakit. Apabila memperkatakan tentang orang sakit, sudah tentu kita membayangkan keadaan pesakit yang terlantar tiada daya di atas katil. Pasti terbayang pelbagai situasi yang menyedihkan mengenai pesakit. Pesakit yang dilawati pasti berasa senang hati kerana masih ada rakan-rakan atau saudara mara yang sudi melawatnya. Sungguhpun keadaan tubuh badan lemah dan tidak mengizinkannya untuk bercakap, sekurang-kurangnya sebuah senyuman disedekahkan kepada pelawat. Diri ini menceritakan pengalaman melawat seorang sahabat yang masuk wad kerana sakit dan disyaki mengidap penyakit kencing tikus. Satu penyakit yang menakutkan masyarakat suatu ketika dulu. Walaupun kini sahabat itu telah sembuh sepenuhnya, diri ini tetap beringat agar dijauhi segala wabak penyakit. Allah Huakbar... Sesungguhnya diri ini takut terkena penyakit. Jika terkena selesema pun, sudah memadai. Habis lemah seluruh badan. Satu kerja pun tidak mampu dilakukan. Hmm.. Diri ini bukan hendak mengata sesiapa. Cuma dalam hal ini, diri ini melihat kejadian ini ada sebab musababnya. Hobi memang perlu ada, akan tetapi jangan terlalu melampau. Tubuh kita juga perlukan rehat yang secukupnya. Jika tidak cukup rehat, kita akan mudah terkena penyakit. Aktiviti perlu dikurangkan. Berikan sedikit tumpuan kepada keluarga. Isteri dan anak-anak memerlukan kita berada di samping mereka. Mungkin diri ini tidak berhak memberikan pandangan kerana siapalah diri ini. Kalau sudah minat, lautan api pun sanggup direnangi. Wahai sahabat semua, ingatlah, minat yang melampau akan mengundang bencana. Beringatlah sebelum bencana menjenguk kita. Sudah tentu kita tidak mahu ahli keluarga kita bersedih atas bencana yang mungkin berlaku pada diri kita. Diri ini memohon maaf sekiranya ada yang terasa. Jumpa lagi...

Permainan Video Generasi Baru PS3


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali dalam catatan hari ini. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa beg PS3? Kebudak-budakan betul Cikgu Det ni. Haa.. kali ini diri ini akan berbicara tentang peranan video games dalam kehidupan manusia. Video games telah lama bertapak di dunia ini. Sejak bermulanya era video games hingga ke hari ini, generasi konsol video games juga berubah. Suatu ketika dahulu, warga peminat video games dikejutkan dengan kemunculan konsol generasi baru PS One keluaran Sony yang terus mencetuskan revolusi permainan video hingga ke hari ini. Dream Cast telah menemui ajalnya dan muncul pula Xbox keluaran Microsoft yang diketuai oleh Bill Gates. Walaupun sudah kaya-raya mamat ni, hatinya tetap tidak berpuas hati dan ingin bersaing dengan Sony untuk menguasai dunia permainan video. Ternyata Sony tidak mahu mengalah dan melancarkan PS2 yang terus mengundang histeria dalam kalangan peminat permainan video. Persidangan permainan video yang tersohor, E3 telah mencetuskan kegilaan peminat permainan video di seluruh dunia. Kemunculan PS2 tepat pada masanya. Setelah lama bertapak kukuh dalam industri permainan video, Sony maju setapak lagi dengan menghasilkan konsol pintar generasi baru, PS3 dan lantas mendapat saingan daripada Microsoft. Bill Gates tidak mahu kalah dan melancarkan Xbox 360. Nintendo juga tidak mahu ketinggalan dengan menghasilkan Wii yang lebih menarik. Tidak cukup dengan itu, Sony menghasilkan permainan video bimbit yang terkenal hari ini,iaitu PSP. Logiknya, kenapa permainan video? Jawapannya, permainan video banyak membantu seseorang berfikir dan menggunakan akalnya untuk menyelesaikan sesuatu permainan. Bukan mudah untuk menghabiskan sesebuah permainan video yang rumit tanpa menggunakan otak. Sungguhpun dikatakan membuang masa, namun permainan video dapat menguji kesabaran seseorang. Pendek kata, permainan video dapat membentuk tahap kesabaran dalam diri seseorang. Ironinya, permainan video sering mencetuskan perdebatan di seluruh dunia. Tambahan pula digemparkan dengan pelbagai kes melibatkan permainan video. Konklusinya, tepuk dada tanyalah selera. Bagi diri ini, jika hendak bermain permainan video, pilihlah yang sesuai dengan tahap umur. Jangan memilih permainan yang boleh mempengaruhi perwatakan kita. Jika sudah berminat, apa orang nak kata, pedulikan. Maklumlah diri ini peminat permainan video. Gambar beg PS3 di atas tu, merupakan beg diri ini kerana diri ini sudah membeli PS3....!!! Jumpa lagi.

Karya Sulung terbitan PTS


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sudah agak lama diri ini tidak menulis. Maklumlah sibuk pada awal tahun. Kata seorang sahabat tu, walau malas sekalipun, tulislah satu muka surat daripada langsung tidak menulis. Memang benar katanya, kalau tidak menulis, maka langsung tidak akan menulis. Malas merupakan satu penyakit yang lazim menyerang sesoeang penulis macam diri ini. Kini, berkat nasihatnya, diri ini berjaya juga menghasilkan sebuah karya yang tidak seberapa. Tadaaa... Inilah hasilnya yang berjudul Detektif Asrama Delima. Pada asalnya, karya ini berjudul Misteri Pengusung Mayat. Tajuknya telah ditukarkan untuk memudahkan pembaca dari pelbagai peringkat umur. Terima kasih kepada pihak PTS kerana sudi menerbitkan karya diri ini yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Masih banyak karya yang akan menyusul selepas ini. Karya ini diterbitkan setelah lama terperam dalam laptop diri ini. Atas desakan seorang sahabat, diri ini akhirnya berjaya juga menghabiskan cerita ini. Sebenarnya cerita ini berdasarkan cerita yang benar-benar berlaku di Asrama Delima. Cuma beberapa bahagian ditokoktambah untuk menyedapkan cerita. Ada beberapa orang pelajar bertanya sama ada cerita itu benar atau tidak kerana mereka menetap di Asrama Delima. Hahaha..Kasihan mereka. Tak sangka mereka takut juga. Entahlah. Hendak dikatakan menarik, ada yang kata menarik walaupun lenggok bahasanya telah diedit ( untuk disesuaikan dengan peringkat umur tertentu ).Jadi, terpulang kepada pembaca untuk menilai karya ini. Seorang pelajar pernah berkata kepada diri ini, "cikgu patut berbangga dengan karya cikgu." Adakah diri ini tidak berbangga dengan karya ini? Sudah tentu diri ini berbangga. Tersangat-sangat berbangga. Bukan mudah karya hendak menembusi syarikat penerbitan, lebih-lebih lagi syarikat besar seperti PTS yang melaungkan salah satu visi untuk memartabatkan bahasa Melayu. Terima kasih sekali lagi kepada pihak PTS. Buku ini telah diletakkan di perpustakaan sekolah. Pelajar merungut kerana sukar untuk meminjamnya kerana tiada di rak. Rakan diri ini meminta supaya beberapa naskah lagi diletakkan di perpustakaan sekolah. Insyaallah...Rasanya cukuplah setakat ini coretan dari diri ini. Kita akan berjumpa lagi nanti. Sila berikan komen jika ada kemusykilan. Terima kasih.

Bicara Ilmiah bersama Cikgu Det

Mari bersama-sama kita berbicara perkara yang membuatkan kita berfikir. Berikan sebarang komen dan juga cadangan. Masukkan sekali pandangan anda tentang isu yang dibincangkan

Sehari di Labuan, Sabah

Sehari di Labuan, Sabah
Bersama Ustaz Sabri yang sudi membawa diri ini ke Sabah. Sungguhpun sedetik berada di sana, hati ini sudah terpaut dengan negeri di bawah bayu ini. Entah bila kaki ini akan menjejaki bumi yang indah ini. Terima kasih Ustaz Sabri

Rakan Seperjuangan

Rakan Seperjuangan
Gambar ini mengimbau kenangan semasa berada di Pulau Pendidikan bersama-sama rakan seperjuangan. Walaupun kini mereka sudah tiada di SMKSIS II, kenangan bersama-sama mereka tidak mungkin dapat dilupakan.

Master UPSI

Master UPSI
Waktu ni baru selesai membuat persembahan drama bersama-sama rakan-rakan master. Persembahan yang kelakar kerana diri ini menjadi watak utama. Berlakon menjadi hero. Sampai sekarang tak berani nak tengok balik rakaman tersebut. Malu..

Dua Sahabat Karib Yang Suka 'Bergaduh'

Dua Sahabat Karib Yang Suka 'Bergaduh'
Semasa jamuan akhir tahun 2010. Kedua-dua mereka bersahabat baik. Akan tetapi suka 'bergaduh'. 'Pergaduhan' itu mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka. Itulah dia Wan Mohammad Zulhilmi dan Mohammad Irsyaduddin Afiq