Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sudah agak lama diri ini tidak menulis. Maklumlah sibuk pada awal tahun. Kata seorang sahabat tu, walau malas sekalipun, tulislah satu muka surat daripada langsung tidak menulis. Memang benar katanya, kalau tidak menulis, maka langsung tidak akan menulis. Malas merupakan satu penyakit yang lazim menyerang sesoeang penulis macam diri ini. Kini, berkat nasihatnya, diri ini berjaya juga menghasilkan sebuah karya yang tidak seberapa. Tadaaa... Inilah hasilnya yang berjudul Detektif Asrama Delima. Pada asalnya, karya ini berjudul Misteri Pengusung Mayat. Tajuknya telah ditukarkan untuk memudahkan pembaca dari pelbagai peringkat umur. Terima kasih kepada pihak PTS kerana sudi menerbitkan karya diri ini yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Masih banyak karya yang akan menyusul selepas ini. Karya ini diterbitkan setelah lama terperam dalam laptop diri ini. Atas desakan seorang sahabat, diri ini akhirnya berjaya juga menghabiskan cerita ini. Sebenarnya cerita ini berdasarkan cerita yang benar-benar berlaku di Asrama Delima. Cuma beberapa bahagian ditokoktambah untuk menyedapkan cerita. Ada beberapa orang pelajar bertanya sama ada cerita itu benar atau tidak kerana mereka menetap di Asrama Delima. Hahaha..Kasihan mereka. Tak sangka mereka takut juga. Entahlah. Hendak dikatakan menarik, ada yang kata menarik walaupun lenggok bahasanya telah diedit ( untuk disesuaikan dengan peringkat umur tertentu ).Jadi, terpulang kepada pembaca untuk menilai karya ini. Seorang pelajar pernah berkata kepada diri ini, "cikgu patut berbangga dengan karya cikgu." Adakah diri ini tidak berbangga dengan karya ini? Sudah tentu diri ini berbangga. Tersangat-sangat berbangga. Bukan mudah karya hendak menembusi syarikat penerbitan, lebih-lebih lagi syarikat besar seperti PTS yang melaungkan salah satu visi untuk memartabatkan bahasa Melayu. Terima kasih sekali lagi kepada pihak PTS. Buku ini telah diletakkan di perpustakaan sekolah. Pelajar merungut kerana sukar untuk meminjamnya kerana tiada di rak. Rakan diri ini meminta supaya beberapa naskah lagi diletakkan di perpustakaan sekolah. Insyaallah...Rasanya cukuplah setakat ini coretan dari diri ini. Kita akan berjumpa lagi nanti. Sila berikan komen jika ada kemusykilan. Terima kasih.
Setapak Menuju Kedewasaan
Membicarakan pandangan mengenai hal-hal semasa dan keilmuan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan