Assalammualaikum dan salam sejahtera... Sudah terlalu lama diri ini tidak menulis atau mencoret di ruangan ini.. Lantaran kesibukan kerja.. Hmm..Kali ini..diri ini merasa amat sedih kerana terpaksa berpisah dengan profesion yang sangat dicintai diri ini, iaitu profesion perguruan...Diri ini akan berhijrah ke suatu tempat yang terus meninggalkan profesion ini..Tugas baharu diri ini sebagai pegawai di pejabat pelajaran daerah akan diri ini cuba laksanakan....Fuh..sudah pasti pelbagai perkara terpaksa diri ini tinggalkan...terutama sekali soal pendidikan...diri ini akan meninggalkan dunia pendidikan buat sementara waktu..mungkin pada masa hadapan..diri ini akan kembali semula ke sekolah..sehingga masa itu tiba..diri ini akan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan....kini hanya masa yang menentukan..semoga kita berjumpa lagi...
Avanza Cikgu Det
Setapak Menuju Kedewasaan
Membicarakan pandangan mengenai hal-hal semasa dan keilmuan.
Khamis, 7 April 2011
Isnin, 7 Mac 2011
PEPERIKSAAN MENJELMA LAGI
Salam sejahtera. Selamat bertemu kembali. Sudah agak lama tidak menulis dalam blog. Semakin sibuk, tambahan pula musim peperiksaan menjelma kembali. Berkejar-kejar semua guru menyiapkan soalan peperiksaan. Bagi yang peperiksaannya selaras, lega sedikit kerana tidak perlu membuat soalan. Semuanya sudah disiapkan oleh PPD. Aduh, letih juga terasa apabila menjaga kelas peperiksaan. Mengantuk terasa. Lebih baik mengajar daripada duduk menunggu pelajar selesai menjawab peperiksaan. Hari ini, terpaksa pula menjaga pelajar yang terlepas menduduki peperiksaan kerana menyertai kejohanan olahraga. Memang terasa benar bila buat kerja dengan hati yang tak ikhlas. Lantaklah. Arahan orang atasan. Jadi, mahu tidak mahu, terpaksalah jua melakukannya. Kalau membuat aduan sekalipun, ibarat mencurah air ke daun keladi, Sia-sia dan menyakitkan hati. Lebih baik buat tak tahu saja. Suka dimaklumkan bahawapihak pentadbiran sekolah memang buat kerja tangkap muat. YAng menjadi mangsa, guru-guru, lebih-lebih lagi guru yang tidak pandai melawan. Mudah saja dipijak kepala.. Hmm.. entahlah.. Rasanya cukup setakat ini, kalau tidak akan mengarut-ngarut tulisan diri ini. Sehingga berjumpa lagi..
Isnin, 28 Februari 2011
AYAM KUKUS KASIH SAYANG

Sabtu, 26 Februari 2011
TERIMA KASIH PELAJARKU
Salam sejahtera.. Hari ini diri ini berasa amat bertuah kerana mempunyai anak murid yang sanggup membasahkan diri mereka untuk mencuci akuarium diri ini yang sudah hampir empat tahun tidak bercuci dan berisi ikan. Sehinggalah ke hari ini, akhirnya akuarium itu dicuci dan mempunyai hidupan di dalammnya. Terima kasih kepada Wan Mohammad Zulhilmi, Muhammad Irsyaduddin Afiq dan Mohd Azim kerana sanggup berpeluh untuk mencuci akuarium cikgu. Akuarium yang agak berat itu selamat dibersihkan. Pada sebelah petangnya, diri ini bersama mereka bertiga pergi ke kedai ikan untuk mencari ikan yang sesuai untuk akuarium tersebut, Hasilnya, sepuluh ekor ikan harimau atau tiger fish telah menghiasi akuarium tersebut. Ikan tersebut masih hidup setakat catatan ini dibuat. Terima kasih kepada mereka bertiga juga yang mengisi air hinggalah kepada hiasan dalaman akuarium. Hahaha...suka hati diri ini melihat telatah mereka bertiga semasa mencuci akuarium. Mujur tak basah lencun. Hampir pukul lima petang mereka pulang. Insyaallah, selepas ini diri ini akan memanggil mereka lagi untuk aktiviti mencuci akuarium. Hahaha... buat Wan Mohammad Zulhilmi, Muhammad Irsyaduddin Afiq, dan Mohd Azim, terima kasih banyak2 dan cikgu sayang kamu semua. Jumpa lagi...
Rabu, 23 Februari 2011
MASTER OF TETRIS
Saksikan kehebatan mamat jepun yang menguasai permainan tetris tahap grand master...
Isnin, 21 Februari 2011
TOKEK OH TOKEK
Salam sejahtera. Kali ini diri ini ingin berbicara tentang seorang hamba Allah yang menjadi jutawan segera setelah menjual seekor tokek yang memiliki berat 2 kg..!.. Hamba Allah ini mendapat wang sebanyak RM40 juta..!! Cuba bayangkan apa yang boleh kita lakukan dengan wang sebanyak itu. Hanya dengan menjual seekor tokek sahaja, kehidupannya telah berubah 100%.. Memang kita tidak nafikan, perkara yang berlaku merupakan rezeki yang telah Allah SWT kurniakan kepadanya. Kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Niat hendak mencari benda lain, lain pula yang ditemuinya sekaligus mengubah kehidupannya. Jika Allah SWT mengkehendaki hambaNya hidup senang, maka senanglah kehidupan hambaNya itu. Sebenarnya, kegilaan mencari tokok ini sudah agak lama, namun bukan mudah untuk mencari haiwan ini kerana kesukaran untuk mencari habitatnya. Pernah rakan diri ini memberitahu suatu ketika dahulu, dia pernah terjumpa tokek yang besar. Namun, pada masa itu, tiada sesiapa yang berminat, maka haiwan itu dibiarkan sahaja. Kalaulah masa itu tokek sudah menjadi kegilaan, pasti rakan diri ini sudah menjadi jutawan..!!..Semakin ramai yang masuk ke dalam hutan untuk mencari haiwan ini. Namun, bukan semuanya bernasib baik untuk menemui haiwan ini. Haiwan berharga ini dikatakan mampu mengubati penyakit AIDS, sebab itulah haiwan ini dicari. Enzim dalam badannya diperlukan sekaligus menjadikan haiwan ini begitu berharga. Tidak kurang juga mengatakan gigitan haiwan ini boleh membawa maut. Jadi, utamakan nyawa jika kita hendak mencari haiwan ini. Keselamatan juga penting. Nanti, kekayaan yang dicari, nyawa juga yang melayang!.. Jadi, ingatlah, kesederhanaan itu penting kerana Allah SWT menyukai hambaNya yang bersederhana. Jumpa lagi
AKUARIUM

Salam sejahtera. Bertemu kembali dalam coretan kali ini. Rasanya sudah agak lama diri ini tidak mencoretkan sesuatu. Terlebih dahulu diri ini merakamkan ucapan tahniah kepada calon STPM SMKSIS II kerana berjaya mencapai keputusan yang memberangsangkan. Tahniah sekali lagi dan semoga berjaya menjejakkan kaki ke universiti pilihan masing-masing. Fuh..! Hari ini, diri ini pergi ke kedai ikan untuk membeli paip getah untuk mencuci akuarium yang telah sekian lama terperuk di dalam rumah. Sehinggakan banyak serangga termasuk lipas mati di dalam akuarium yang kosong itu. Niatnya hendah mencuci akuarium tersebut pada hari sabtu yang lepas. Dua anak murid diri ini datang ke rumah menawarkan diri untuk mencuci akuarium. Akan tetapi, tak jadi kerana akuarium itu diperbuat daripada kaca yang bersaiz besar. Terima kasih kepada Wan Mohammad Zulhilmi dan Mohammad Irsyaduddin Afiq kerana sanggup hendak mencuci akuarium cikgu walaupun tak jadi. Hahaha.. Dalam gambar ini, akuarium ini dipamerkan di sebuah pusat akuatik di Pulau Pinang rasanya. Gambar ini sudah lama tersimpan di dalam telefon diri ini. Alangkah bagusnya kalau dapat memiliki akuarium seumpama ini. Ikan-ikan yang berenang mendamaikan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Diri ini terpegun dengan lenggok sang ikan yang menghuni akuarium ini membuatkan diri ini sanggup membeli sebuah akuarium untuk membela ikan seperti ini. Akan tetapi, alangkah tak seronoknya apabila membela ikan emas. Nampak cantik tapi malas berenang. Harap perut saja yang besar. Akhirnya mati melekat pada alat oksigen yang menyedut air. Sejak kejadian itu, diri ini malas hendak membela ikan semula sehinggalah ke hari ini akibat pengaruh daripada anak murid yang dua orang itu. Hahaha... Jadi, adakah diri ini akan dapat memelihara ikan semula? Tunggulah. Diri ini akan mencoretkannya lain kali. Sehingga itu, jumpa lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)
Sehari di Labuan, Sabah

Bersama Ustaz Sabri yang sudi membawa diri ini ke Sabah. Sungguhpun sedetik berada di sana, hati ini sudah terpaut dengan negeri di bawah bayu ini. Entah bila kaki ini akan menjejaki bumi yang indah ini. Terima kasih Ustaz Sabri
Rakan Seperjuangan

Gambar ini mengimbau kenangan semasa berada di Pulau Pendidikan bersama-sama rakan seperjuangan. Walaupun kini mereka sudah tiada di SMKSIS II, kenangan bersama-sama mereka tidak mungkin dapat dilupakan.
Master UPSI

Waktu ni baru selesai membuat persembahan drama bersama-sama rakan-rakan master. Persembahan yang kelakar kerana diri ini menjadi watak utama. Berlakon menjadi hero. Sampai sekarang tak berani nak tengok balik rakaman tersebut. Malu..
Dua Sahabat Karib Yang Suka 'Bergaduh'

Semasa jamuan akhir tahun 2010. Kedua-dua mereka bersahabat baik. Akan tetapi suka 'bergaduh'. 'Pergaduhan' itu mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka. Itulah dia Wan Mohammad Zulhilmi dan Mohammad Irsyaduddin Afiq